Aku cuma Lelaki
Aku, lelaki yang hanya mengenal erti hidup,
Hidupku...
tidak semudah yang mereka sangka
tidak semudah yang mereka kata
kerna dalam hidupku hanya ada ibu dan bapa, adik-adik
serta orang yang dicintai
hidupku penuh onak duri,
kekecewaan, kegelisahan, kerunsingan diri,
apapun yang ada dalam hidup aku semuanya amat berharga
walaupun duit bernilai 10 sen...
kerna sejak kecil aku sudah biasa tinggal dalam kesusahan
susah yang ku hadapi hanya senang nampak di mata
tetapi susah di hati..
alangkah baiknya jika aku diberi duit yang lumayan,
kemewahan yang melimpah ruah..
tapi aku tak inginkan semua itu,
kerna ku tahu ia bukan dari hasil titik peluh ku sendiri.
aku ingin berusaha,
berusaha mengubah hidupku sehingga disegani orang
tiada apa yang aku perlu buat dengan hanya menunggu..
menunggu hasil dari usaha ku..
walaupun aku dilahirkan tidak secerdik orang lain.
tapi aku bersyukur kerna hidupku amatlah bermakna
disamping ibu bapa dan adik-adik ku.
bersama orang yang ku cintai...
diriku hanyalah lelaki seperti manusia biasa.
tiada yang istimewa..
tidak segagah Saidina Omar kerana Taqwanya kepada Allah
Aku juga tidak secerdik Saidina Othman kerana kecerdasannya..
ketahuilah..bahawa diriku tidak lah sehebat mana..
aku juga makhluk Allah yang sangat lemah..
lemah dari semuanya...
Ya Allah,
Ku Mohon Padamu agar diKau merahmati hidupku dan keluarga ku,
berkatilah hubungan ku dengan si dia..
jika takdirmu dia bukan jodohku
jauhkan lah kerna aku tidak sanggup menanggung kekecewaan hati
jika takdirmu dia adalah jodohku
makan dengan izinmu dan rahmatmu
ku pohon agar Engkau merestui dan merahmati hubungan kami,
hanya Engkaulah tempat ku mengadu
Ya Allah Ya tuhanku
Kau Ampunilah dosaku ini
No comments:
Post a Comment